Monday 21 March 2011

Perutusan PKMD Kulim

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu’alaikum  Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana usaha untuk Jabatan Masyarakat Negeri Kedah membangunkan Laman Web Rasmi Jabatan Masyarakat Negeri Kedah menjadi realiti. Saya ucapkan selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah.
Saya menaruh harapan dengan adanya laman web ini ianya dapat memberi  kemudahan kepada masyarakat memperolehi maklumat terkini dengan lebih cepat, mudah dan tepat. Semoga dengan maklumat yang dimuatkan diruang ini akan membuatkan golongan sasar mencapai matlamat mereka .
Akhir sekali, saya berharap agar Laman Web Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah ini mampu menjadi satu wadah yang dapat memudahkan hubungan kakitangan,klien dan masyarakat secara keseluruhannya.
Sekian,terima kasih.